RAM, hard disk, motherboard, dan lain-lain komponen bagi menghasilkan keluaran / hasil yang anda kehendaki. Sekiranya processor tidak berfungsi, maka komponen-komponen komputer yang lain juga tidak dapat berfungsi.
Rekabentuk Processor
Pada masa dahulu, rekabentuk processor sesuai dipasang secara slot. Tetapi kini, rekabentuk processor semuanya sesuai dipasang secara soket. Umumnya, kini terdapat dua pengeluar processor iaitu Intel dan AMD. Rekabentuk luarannya hampir sama, iaitu berbentuk segiempat dan mempunyai pin-pin yang banyak sebagai connector kepada motherboard. Terdapat rekabentuk terkini dari Intel iaitu soket LGA775 yang tidak mempunyai pin, sebaliknya motherboard yang mempunyai pin-pin connector untuk dihubungkan dengan processor.
Pemilihan Processor
Jika imbas kembali kepada tips pemilihan motherboard, jenis processor dan soket processor adalah perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum membeli motherboard. Pendek kata, processor adalah komponen perkakasan komputer terpenting sebelum membeli komponen-komponen komputer yang lain. Perlu diingatkan juga, kebiasaannya processor adalah perkakasan komputer yang paling mahal.
Jenis-Jenis Processor:
Intel
- Pentium II
- Pentium III
- Pentium IV
- Pentium IV Celeron
- Pentium D
- Dual Core
- Core 2 Duo
- Core 2 Extreme
- Quad Core
AMD
- Sempron
- Athlon
- Athlon AM2 X2
- Phenom
Setelah menentukan jenis processor yang dikehendaki, kita perlu melihat kepada no soket processor pula. Ini amat penting supaya kita tidak tersilap memilih motherboard. Sekiranya motherboard tersebut betul dan bersesuaian (compatible) dengan processor, maka processor akan dapat berfungsi dengan baik..
Di bawah ini saya senaraikan beberapa nomoor soket processor sebagai rujukan untuk memilih processor dan motherboard yang sesuai:
Nombor Soket Processor / No Pin | Jenis Processor Yang Bersesuaian |
Intel | |
Soket 423 | Pentium IV / PGA (Pin Grid Array) |
Soket 478 | Pentium IV/ PGA 2nd Ver., Pentium IV Celeron (DDR RAM) |
Soket 603 | Pentium IV Xeon (micro PGA) |
Soket LGA 775 | Pentium IV, Pentium D, Celeron 420, Celeron 430, Pentium Dual Core, Core 2 Duo, Core 2 Quad |
Soket LGA 1155/1156 | Core i3, Core i5, Core i7 (860, 870, 2600) |
Soket LGA 1366 | Core i7 (930, 950) |
AMD | |
Soket 754 | Athlon 64 (mPGA), Sempron |
Soket 939 | Athlon 64, Athlon 64-X2 |
Soket 940 | Athlon 64 FX 51 (micro PGA) |
Soket AM2 | Athlon AM2, Athlon X2, Sempron Limited Edition, Athlon FX |
Socket AM2+ | Athlon X2, Phenom (X3 dan X4), Sempron dan Opteron. |
Soket AM3 | Sempron 140, Athlon II X2, Athlon II X3, Athlon II X4, Phenom II X2, Phenom II X4, Phenom II X6 |
Ini adalah sebaagian dari nomoor socket processor yang ada. Namun, pilihlah processor dan motherboard yang ada dipasaran supaya mudah untuk mendapatkan alat ganti perkakasan komputer yang bersesuaian.
Post a Comment